Latihan otot kaki dengan berjalan mendaki





Assalamua'laykum & Selamat petang gaiszzz,

AHAD 03.03.2019- Team Kota Samarahan telah mengadakan trip ke Kubah National Park di mana tempatnya Gunung Serapi. Perjalanan bermula jam 6 pagi dan sampai ke kaki bukit jam 7.45pagi.

Daftar kat kaunter dengan bayaran RM10 dan buat senaman memanaskan badan dan regangan otot. Kemudian disusuli dengan doa dan terus bergerak mendaki. Tahap kesukaran pertengahan ke bawah.
Beginner sesuai lah utk join program ni. Yang memudahkan jalan kat situ memang dah berturap boleh naik kereta sebab atas tu ada pencawang telekomunikasi kalau tak silap aku.
Well guys,
sorry video yg tak berapa nak ok, tapi effort tu adalah jugak nak buat.. Tetap gigih walau dikecam dengan makcik bawang.... Isi kandungan yg nak disampaikan sebenarnya pergi lah HIKING. Hiking ni boleh mencabar kaki kita dan menjadikan otot bekerja lebih kuat dan menghasilkan otot otot baru yg padu... otot perut pun kena jugak bukan setakat quadriceps(paha) dan gastrocnemius(betis)

photo credit: yudi

#barrfitnesschallenge
#fitnesscoach

Comments

Popular Posts